X
Case Study
Dr. Martens sees 9X lift in CTR How? With Lotame Panorama ID Learn More

Lotame Corporate Websites Privacy Policy (MS-MY)

Terakhir dikemas kini untuk meliputi Akta Privasi Pengguna California 2018 dan berkuat kuasa pada 17 Januari 2020.

Dasar Privasi ini hanya terpakai untuk maklumat yang dikumpul oleh Lotame melalui laman web kami, termasuk www.lotame.com dan mana-mana laman web lain yang dikawal oleh Lotame yang memaparkan Dasar Privasi ini (“Laman Web”). Jika anda merupakan pengguna dan ingin memahami amalan privasi kami berhubungan pengiklanan yang disasarkan dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Lotame kepada pelanggannya, sila klik di sini.

Lotame mengumpul data penggunaan (“Data Penggunaan”) melalui kuki, bikon web dan teknologi serupa seperti yang diterangkan selanjutnya dalam bahagian Teknologi Penjejakan di bawah. Data Penggunaan merangkumi maklumat mengenai pengunjung kami dan cara mereka menggunakan Laman Web kami, termasuk jenis pelayar web, laman web yang anda kunjungi sebelum anda melayari Laman Web, waktu dan alamat IP anda, pengecam pengiklanan peranti mudah alih anda dan pengecam peranti yang serupa. Kami menggunakan Data Penggunaan untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk menambahbaikkan Laman Web dan perkhidmatan kami.

Lotame menerima maklumat peribadi lain, seperti nama dan maklumat perhubungan peribadi, melalui Laman Web kami hanya apabila anda memilih untuk menyerahkan maklumat ini kepada kami (misalnya, melalui borang perhubungan atau sebagai sebahagian daripada serahan permohonan pekerjaan anda). Kami dan pembekal perkhidmatan kami akan menggunakan maklumat yang dikumpulkan melalui Laman Web untuk menyediakan ciri dan perkhidmatan, untuk memproses permohonan pekerjaan anda atau permintaan lain, untuk menghubungi anda dengan maklumat, untuk memaparkan iklan di Laman Web kami atau di tempat lain dalam talian, untuk tujuan perniagaan dalaman, untuk tujuan perkhidmatan pelanggan dan seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Jika anda ingin mengemas kini, memadam atau meminda sebarang maklumat yang anda serahkan kepada kami melalui laman web kami, sila hantar permintaan anda kepada privacy@lotame.com.

Kami dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami mungkin menggunakan kuki, bikon web dan teknologi penjejakan lain untuk mengumpulkan Data Penggunaan mengenai pengunjung dan cara mereka menggunakan Laman Web kami. Kami menggunakan maklumat ini untuk menambahbaikkan Laman Web kami, untuk mensasarkan iklan kepada pengguna dan untuk tujuan perniagaan lain.

"Kuki" dan storan tempatan ialah maklumat (fail data) yang dipindahkan ke pelayar apabila pengguna mengunjungi laman web. Teknologi ini dapat menyimpan pengecam unik untuk peranti yang membolehkan pembekal perkhidmatan dalam talian mengenal pasti peranti setiap kali peranti digunakan untuk mengunjungi laman web ini. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang kuki dan cara kuki berfungsi di www.allaboutcookies.org.

Imej grafik kecil atau kod pengaturcaraan lain yang dipanggil bikon web (juga dikenali sebagai “tag piksel,” “GIF 1×1” atau “GIF kecil”) mungkin disertakan dalam laman web dan mesej e-mel kami. Bikon web mungkin tidak dapat dilihat oleh anda, tetapi sebarang imej elektronik atau kod pengaturcaraan web lain yang dimasukkan dalam laman web atau e-mel boleh bertindak sebagai bikon web. Bikon web atau teknologi serupa mungkin digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk, untuk mengira pengunjung ke Laman Web, untuk memantau cara pengguna melayari Laman Web, untuk mengira bilangan e-mel yang dikirim yang betul-betul dibuka atau untuk mengira bilangan pautan tertentu yang betul-betul dilihat.

Laman Web mungkin mengandungi integrasi dengan rangkaian sosial dan platform lain. Sebagai contoh, Laman Web mungkin mengandungi butang yang mengarahkan pengguna ke laman rangkaian sosial kami (seperti Facebook atau Twitter) atau membolehkan anda untuk "suka" atau "kongsi" kandungan Laman Web ke perkhidmatan dalam talian yang lain. Sekiranya anda memilih untuk "suka" atau "kongsi" kandungan, atau untuk menghantar maklumat melalui Laman Web ke laman web pihak ketiga atau perkhidmatan dalam talian yang lain, maklumat tersebut mungkin dipaparkan secara terbuka dan laman web pihak ketiga mungkin mempunyai akses kepada maklumat mengenai anda dan penggunaan laman web kami oleh anda.

Sebagai tambahan, Laman Web mungkin mempunyai pautan kepada laman web pihak ketiga. Sekiranya anda mengklik butang rangkaian sosial atau pautan pihak ketiga, anda akan dibawa ke laman web pihak ketiga tersebut, dan penggunaan laman web dan platform pihak ketiga tersebut oleh anda adalah tertakluk pada dasar dan amalan privasi mereka. Kami tidak bertanggungjawab atas amalan privasi atau amalan perniagaan mana-mana pihak ketiga.

Kami mungkin menerima maklumat tentang anda daripada pihak ketiga. Sebagai contoh, kami mungkin melengkapkan maklumat yang kami kumpulkan dengan rekod luar untuk memberikan anda maklumat, perkhidmatan atau produk yang anda minta, untuk menyesuaikan kandungan, untuk menawarkan anda peluang untuk membeli produk atau perkhidmatan yang kami percaya mungkin menarik bagi anda dan untuk tujuan lain. Di samping itu, kami mungkin akan menerima maklumat sekiranya anda memilih untuk menerima maklumat daripada kami apabila anda berada di laman web, aplikasi atau perkhidmatan pihak ketiga. Kami mungkin menggabungkan maklumat yang kami terima daripada sumber-sumber lain ini dengan maklumat yang kami kumpulkan melalui Laman Web. Dalam kes tersebut, kami akan menerapkan Dasar Privasi ini pada maklumat yang digabungkan.

Lotame mungkin berkongsi maklumat, seperti Data Penggunaan, data peribadi yang telah dinyahkenalpasti (biasanya menggunakan fungsi cincang) atau statistik pengguna yang teragregat dan menggunakan pseudonim, dengan pihak ketiga atas budi bicara kami. Kami tidak berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran pihak ketiga tersebut, melainkan kami memberi anda peluang terlebih dahulu untuk memilih jika anda mahu berkongsi atau tidak. Kami mungkin berkongsi maklumat yang kami kumpulkan mengenai anda dengan pihak ketiga seperti yang dinyatakan semasa anda memberikan maklumat anda, dengan persetujuan anda, seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini, dan dalam keadaan berikut:

  • dengan vendor kami dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk melakukan perkhidmatan tertentu bagi pihak Laman Web, seperti menghoskan Laman Web atau ciri-ciri Laman Web, menghantar e-mel atau komunikasi lain, dan memberikan bantuan pemasaran dan analisis data;
  • untuk mematuhi proses undang-undang atau sepina, atau atas permintaan entiti kerajaan yang menjalankan penyelidikan, dan untuk melindungi dan mempertahankan hak undang-undang atau harta tanah Lotame, Laman Web kami atau penggunanya, atau pihak lain; dan
  • sehubungan dengan peralihan perniagaan (seperti penggabungan, pengambilalihan oleh syarikat lain, kemuflisan atau penjualan semua atau sebahagian aset), termasuk semasa sebarang proses usaha wajar dilakukan.

Selain itu, jika anda membuat permohonan pekerjaan melalui Laman Web, Lotame mungkin meminta anda memberikan maklumat identiti diri (seperti status veteran, jantina dan etnik) sehubungan dengan undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Sama (“EEOC”) dan agensi pengawalseliaan persekutuan, negeri dan tempatan yang lain. Menyediakan maklumat pengenalan diri sedemikian adalah secara sukarela, tetapi jika anda memberikan maklumat tersebut, Lotame atau pembekal perkhidmatannya mungkin menyerahkan maklumat tersebut kepada agensi kerajaan atau pengawal selia yang berkenaan untuk memenuhi syarat pelaporan dan menggunakan maklumat tersebut untuk membela diri melawan aduan yang berkaitan dengan pekerjaan.

Selain Lotame melakukan analitik sendiri dan mensasarkan kandungan dan iklan di Laman Web kami dan di laman lain dalam talian, kami mungkin bekerjasama dengan pengiklan rangkaian pihak ketiga, agensi iklan, penyedia perkhidmatan analitik dan vendor lain untuk memberikan kami maklumat dan perkhidmatan tersebut. Pembekal perkhidmatan ini mungkin menetapkan dan mengakses teknologi penjejakan mereka sendiri pada peranti anda (termasuk kuki dan bikon web), dan mungkin mengumpul atau mempunyai akses kepada maklumat mengenai anda. Sesetengah pihak ini mungkin mengumpulkan maklumat peribadi dari masa ke masa apabila anda mengunjungi Laman Web atau laman web dan perkhidmatan dalam talian yang lain. Kami mungkin berkongsi Data Penggunaan atau data yang telah dinyahkenalpasti mengenai pengunjung dengan syarikat pengiklanan pihak ketiga, pembekal analitik dan vendor lain untuk tujuan analitik dan pengiklanan.

Lotame ialah anggota Inisiatif Pengiklanan Rangkaian (“NAI”) dan Program Peraturan Kendiri Perikatan Pengiklanan Digital (“DAA”) untuk Pengiklanan Kelakuan Dalam Talian dan telah melaksanakan prosedur menarik diri sehubungan dengan program-program organisasi tersebut. Sesetengah daripada pembekal perkhidmatan pengiklanan kami juga mungkin merupakan anggota dan menawarkan pilihan menarik diri daripada pengiklanan kelakuan. Anda mungkin mahu mengunjungi http://www.networkadvertising.org/managing/opt_out.asp, yang menawarkan maklumat mengenai pengiklanan yang disasarkan dan pilihan menarik diri yang ditawarkan oleh anggota NAI. Anda juga mungkin mahu mengunjungi http://www.aboutads.info/choices/, yang menyediakan pilihan menarik diri oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam Program Peraturan Kendiri DAA. Sekiranya anda ingin menarik diri daripada pengiklanan kelakuan yang dikendalikan oleh Lotame, anda boleh mengunjungi pautan NAI dan DAA yang disediakan di atas, atau klik di sini. Harap maklum bahawa Lotame dan syarikat lain mungkin masih mengumpulkan maklumat semasa anda berada dalam talian dan memilih untuk menarik diri melalui mekanisme ini tidak mengecualikan anda daripada paparan iklan. Anda akan terus diberikan iklan generik semasa berada dalam talian.

Sila maklum bahawa tetapan pelayar web anda mungkin membolehkan anda menghantar isyarat "Jangan Jejak" secara automatik ke laman web dan perkhidmatan dalam talian yang anda kunjungi. Tiada persetujuan antara peserta industri tentang maksud "Jangan Jejak" dalam konteks ini. Seperti pelbagai laman web dan perkhidmatan dalam talian, Lotame tidak menukar amalannya apabila menerima isyarat "Jangan Jejak" daripada pelayar web pengunjung. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang “Jangan Jejak,” sila kunjungi http://www.allaboutdnt.com.

Sekiranya anda ingin mengemas kini, memadam atau meminda sebarang maklumat peribadi yang anda kemukakan kepada kami melalui lotame.com atau mana-mana laman web korporat Lotame yang lain, sila hantar permintaan anda kepada privacy@lotame.com.

Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR)

Lotame mempunyai tanggungjawab tertentu sebagai pengawal data dan pemproses data di bawah Peraturan Perlindungan Data Umum (“GDPR”) Kesatuan Eropah. Lotame menganggap dirinya sebagai pengawal data berkenaan dengan data yang dikumpulkan daripada laman web korporat Lotame. Kami telah mengambil langkah untuk memastikan bahawa Lotame telah mengemas kini dasar dan prosedurnya untuk meliputi GDPR. Untuk gambaran keseluruhan yang ringkas mengenai komitmen Lotame terhadap pematuhan GDPR, sila klik di sini.

Lotame ialah sebuah syarikat A.S. dan kami memindahkan maklumat ke Amerika Syarikat untuk diproses. A.S. mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama dengan negara tempat anda mula-mula memberikan maklumat tersebut. Apabila kami memindahkan maklumat anda ke A.S., kami akan melindunginya seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini.

Lotame mematuhi Rangka Kerja Perisai Privasi EU-AS dan Rangka Kerja Perisai Privasi Swiss-AS ("Prinsip Perisai Privasi") seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Perdagangan A.S. mengenai pengumpulan, penggunaan, dan pengekalan maklumat peribadi yang dipindahkan dari Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Switzerland ke Amerika Syarikat, berpandukan  Perisai Privasi. Lotame telah mengesahkan kepada Jabatan Perdagangan bahawa Lotame mematuhi Prinsip Perisai Privasi. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma Dasar Privasi ini dan Prinsip Perlindungan Privasi, Prinsip Perisai Privasi akan digunakan.

Komitmen Lotame terhadap Prinsip Perisai Privasi merangkumi maklumat peribadi mengenai penduduk semua negara di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), yang merangkumi Kesatuan Eropah (buat masa ini termasuk United Kingdom), Iceland, Liechtenstein, dan Norway (secara kolektif, “penduduk EEA”), serta semua penduduk Switzerland.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perisai Privasi dan untuk melihat pengesahan Lotame, sila kunjungi https:/www.privacyshield.gov/list.

Berkenaan dengan penyertaannya dalam Prinsip Perisai Privasi, Lotame tertakluk pada bidang kuasa dan kuasa penguatkuasaan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat.

Lotame mungkin bertanggungjawab dalam sesetengah keadaan kerana memindahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga yang melanggar Prinsip Perisai Privasi.

Atas permintaan pelanggan dan rakan kongsi, Lotame juga mungkin bersetuju untuk terikat dengan terma-terma Klausa Kontrak Piawai EU.

Dalam kes tertentu, anda mungkin berhak meminta penimbangtaraan terikat untuk tuntutan bukan wang yang tidak dapat diselesaikan dengan prosedur yang disenaraikan di sini (lihat https://www.privacyshield.gov/welcome, seperti yang dijelaskan dalam Lampiran I Perisai Privasi EU-AS dan Perisai Privasi Swiss-AS).

Untuk maklumat mengenai cara Lotame menggunakan data peribadi yang diperoleh daripada laman web korporatnya, penduduk EEA hendaklah menghubungi Lotame melalui e-mel di: privacy@lotame.com atau melalui surat di 8850 Stanford Blvd, Suite 4000, Columbia, MD 21045, Untuk perhatian: Jabatan Perundangan. Lotame telah melantik Penasihat Umum dan VP Privasi Globalnya sebagai Pegawai Perlindungan Data Lotame untuk tujuan GDPR. Penduduk EEA berhak untuk meminta maklumat tertentu daripada Lotame, termasuk tanpa batasan, hak untuk mengetahui data peribadi yang dikumpulkan oleh Lotame tentang anda dari EEA, dan hak untuk meminta Lotame membetulkan data peribadi ini jika anda percaya bahawa data ini tidak tepat. Anda boleh mengemukakan permintaan anda menggunakan borang berikut:

DPO akan bekerjasama dengan pasukan Lotame yang lebih besar untuk menjawab semua pertanyaan dalam masa tiga puluh (30) hari selepas penerimaannya. Lotame akan menjawab pertanyaan ini secara jujur tetapi mungkin tidak dapat memberikan maklumat yang lengkap jika permintaan anda memerlukan Lotame untuk memberikan maklumat sulit tentang pihak ketiga, atau sebaliknya, jika permintaan anda menyebabkan beban atau perbelanjaan yang tidak wajar.

Lotame mungkin diminta untuk mendedahkan maklumat peribadi anda sebagai respons kepada permintaan yang sah oleh pihak berkuasa awam, termasuk untuk memenuhi keperluan keselamatan nasional atau penguatkuasaan undang-undang.

Lotame akan secara sukarela terus mengemukakan aduan privasi penduduk EEA dan penduduk Switzerland yang tidak diselesaikan kepada mekanisme penyelesaian pertikaian bebas yang dikendalikan oleh ANA. Sekiranya anda tidak menerima perakuan segera mengenai aduan anda atau jika Lotame tidak menangani aduan anda dengan memuaskan, anda boleh menghubungi ANA untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengemukakan aduan di:

Barisan Perisai Privasi:

ANA Privacy Shield

 

ANA
Attn: Privacy Shield
225 Reinekers Lane, Suite 325, Alexandria, VA 22314 

https://thedma.org/resources/consumer-resources/privacyshield-consumers/

Sekiranya penyelesaian yang memuaskan tidak dapat diselesaikan melalui ANA, Lotame akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat dan mana-mana pihak berkuasa perlindungan data negara anggota EEA dan Switzerland untuk menyiasat dan menyelesaikan sebarang aduan terbuka.

If you are a California resident, California law, including the California Consumer Privacy Act of 2018 (“CCPA”) and California Civil Code section 1798.83, provides you with additional rights regarding our collection, disclosure and, if applicable, sale of your personal information. “Personal information” has the meaning given it in the CCPA.

Collection of Personal Information

Categories of Personal Information Collected (corresponds to categories listed in CCPA §1798.140(o)(1))

Lotame has collected the following categories of Personal Information in the preceding 12 months through its Websites:

Category A: Identifiers Unique personal identifier, online identifier, Internet Protocol address
Category F: Internet or other electronic network activity information Interaction with our client’s or licensee’s web sites, applications, or advertisements
Category G: Geolocation data Approximate physical location (derived from an Internet Protocol address)
Category I: Professional or employment-related information Job title, employer name
Category K: Inferences Consumer preferences, characteristics, behaviors

Personal Information Sources


See Part 1: Information We Collect and How We Use It and Part 2: Tracking Technologies, listing the sources of Personal Information.

Purposes for Which Personal Information is Collected

See Part 1: Information We Collect and How We Use It, setting forth the purposes for which Lotame uses Personal Information.

Categories of Third Parties with whom Personal Information is Shared

See Part 3: Social Network and Platform Integration, and Third Party Links and Part 6: Third-Party Analytics Providers, Ad Servers, and Similar Third Parties, setting forth the categories of third parties with whom Lotame may share Personal Information.

Disclosure or Sale of Personal Information
Categories of Personal Information Disclosed or Sold (corresponds to categories listed in CCPA §1798.140(o)(1))

In the preceding 12 months, Lotame has disclosed the following categories of Personal Information for performing services on behalf of a client as their service provider and sold the following categories of Personal Information for conducting analytics or use in interest-based advertising or other marketing purposes for:

Category A: Identifiers

Category F: Internet or other electronic network activity information

Category G: Geolocation data

Category K: Inferences

Sale of Personal Information

Lotame does not sell any Personal Information that is collected through its Websites.

Your Consumer Rights Under the CCPA

Under CCPA, you may have the following consumer rights. Please note that these rights are not absolute and in certain cases are subject to conditions or limitations as specified in the CCPA:

Right to Know

You have the right to request, at no charge, that we disclose to you the categories and specific pieces of Personal Information Lotame has collected about you in the prior 12 months, including:

  • categories of Personal Information collected about you;
  • categories of sources from which we collected your Personal Information;
  • business and/or commercial purposes for collecting and disclosing your Personal Information; 
  • categories of third parties to/with whom your Personal Information has been disclosed/shared, including for a business purpose; and
  • the specific pieces of Personal Information collected about you.

You have the right to obtain the above information, in a portable and (if technically feasible) readily usable format.

Right of Deletion

You have the right to request the deletion of your Personal Information we have collected about you. This right may be subject to certain conditions and limitations under CCPA.

Right to Opt-Out of Sale

You have the right to opt-out of sale of your Personal Information we have collected about you.

Right to be Free from Discrimination

You may exercise all of the above rights at any time and Lotame will not unlawfully discriminate against you for exercising your rights under CCPA.

Submitting a Request to Exercise Your Rights

You may exercise any of your rights as set out above, by submitting a request as set forth below. You may be required to provide additional information to verify your identity and request before further action is taken. Please note that when submitting the following requests, Lotame is only able to apply your request to Personal Information that we use in our Data Products and Services, where we act as a business. For our clients where Lotame acts as a service provider, Lotame will inform our client of your request.

Exercising Your Right to Know, to Delete, and to Opt-Out of Sale

To exercise any of your rights as set out above, please contact us by:

  • calling 1-833-269-2618 and following the instructions provided; or
  • submitting using the following form.

You may be required to provide additional information to verify your identity and request before further action can be taken.

Appointing an Authorized Agent to Submit a Request on Your Behalf

You may use an authorized agent to submit a request to know or delete on your behalf. If you authorize an agent to make a request for you, the agent will be required to provide Lotame with written proof of your authorization and verification of your identity.

RECORDS

  Responded
Request Type Received In Whole In Part Denied Median Days to Respond
Know 0 0 0 0 N/A
Delete 0 0 0 0 N/A
Opt-Out of Sale 0 0 0 0 N/A

Kami berhak untuk mengubah Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Sekiranya kami mengubah dasar ini, kami akan memberikan pemberitahuan dengan memaparkan dasar baharu di sini, dengan menukar tarikh pada bahagian atas dan menyatakan di laman web kami bahawa Dasar Privasi ini telah dikemas kini.

Untuk menghubungi kami dengan sebarang pertanyaan, komen, atau cadangan, sila hantarkan e-mel kepada kami di privacy@lotame.com atau menulis surat kepada kami di Lotame Solutions, Inc., 8850 Stanford Blvd., Suite 4000, Columbia, Maryland, 21045, Untuk perhatian: Jabatan Perundangan.


TRUSTe